“Kenapa umur dah 40 baru buka klinik?”
Terngiang-ngiang soalan pekerja tanya saya kenapa dah umur 40, baru terfikir nak mula buka klinik. Sebenarnya saya tak pasti maksud soalan dia adalah:
- Kesiannya…dah umur 40 baru la dapat buka klinik…
Atau - Kenapa tunggu umur 40 baru buka klinik?
Apa pun maksud di sebalik soalannya, saya sedar satu perkara. Biasanya, nak mula bisnes pada umur 40, memang cabarannya lain macam. Umur bila tak berapa muda, fitness memang tidak sehebat mereka yg berumur 27. Umur 40 pun biasanya kesihatan sudah mula tunjuk perangai. Dan waktu ni, cabaran dengan anak-anak memang lain macam. Kita bukan lagi di tahap risau anak demam tiada orang jaga, tapi lebih kepada melihat anak-anak melalui alam remaja dengan perangai-perangai menarik yang dipelajari di luar. Dengan cabaran dunia akhir zaman, semestinya kita lebih risau.
Tambah pula dengan bisnes yang baru nak mula, tekanannya hanya Tuhan yang tahu.. Bertahun menyimpan, habis duit semua keluar untuk buka klinik. Sama ada berbaloi atau tidak, agaknya kena tunggu dan lihat sahaja..
TAPI, dari sudut positif nya, di umur 40, saya dah tak perlu fikir kalau anak sakit, saya kena EL/MC. Anak-anak dah besar, dan sakit demam selsema tu dah kurang berlaku.
Dan di umur 40, saya memang kena bersaing dengan doktor-doktor muda yang hebat-hebat semuanya. Satu benda saya sedar, GPs always help each other out. Semangat comraderie GPs di kawasan ni agak kuat dan memberangsangkan. Bila time nak down, mesti ada sahaja doktor GP lain yang bagi semangat dengan cara yang berbeza.
Di umur 40 juga, sedar tak sedar, saya sudah bekerja lebih 15 tahun sebagai doktor. Sempat juga la menduduki peperiksaan untuk jadi pakar perubatan keluarga dan sempat juga selesaikan proses gazetment/pewartaan sebagai pakar. Jadi, mungkin ada baiknya juga saya buka klinik ni di umur 40 tahun kerana saya lebih tenang dan selesa dalam merawat pesakit.
Di sebalik rasa penat sebab umur tak semuda dulu, saya sedar umur 40 ni adalah umur yang biasanya lebih ada authority. Mungkin sebab pengalaman bekerja dalam bidang perubatan keluarga ni memang dah lama kot.. atau mungkin sebab muka dah ada kedutan. Jadi, harapnya, pesakit dapat rasa la perbezaan dirawat oleh seorang doktor yg berumur 40 tahun. Mungkin muka tak semuda dan secantik zaman-zaman muda dulu, tapi harapnya dapatlah manfaat sket dari konsultasi doktor yang berumur dan berpengalaman serta lebih memahami. Gitewww….
So, bila orang tanya saya kenapa umur 40 baru buka klinik, saya rasa jawapan saya mudah.
Walaupun tenaga tak sehebat, dan muka tak berapa muda, Inilah waktu yang paling sesuai untuk saya dan pesakit-pesakit saya. ☺